300x250 AD TOP

Powered by Blogger.

Thursday, February 6, 2014

Tagged under:

Tip Psikologi Pelanggan di Laman Sosial (Infographic)


Dalam dunia perniagaan kini, ramai peniaga sudah tidak bergantung sepenuhnya kepada pemasaran konvensional sahaja seperti dahulu. Kehadiran teknologi kini membantu peniaga dalam mempromosi produk mereka secara optimum, seperti di laman sosial yang mempunyai berjuta pengguna pada setiap hari. Malahan, tidak cukup dengan itu sudah ada pun ahli perniagaan Malaysia yang menjadi JUTAWAN, hanya dengan berniaga melalui Facebook.

Namun ia bukan semudah yang kita sangka, perniagaan apa pun yang ada didunia ini harus ada ilmu, sistem dan psikologinya bagi membantu membawa perniagaan kita lebih tinggi daripada pesaing kita. Walaupun kita tahu dalam laman sosial terdapat berjuta orang menjadi pengguna kepada laman sosial tersebut, namun bukan mudah untuk mencapai kesemua pengguna tersebut.

Sebagai contoh, pengguna Facebook di Malaysia sahaja mencecah 13,085,000 pengguna, setakat tahun 2013, mustahil untuk kita dapatkan semua pengguna tersebut. Tetapi dengan menggunakan ilmu, psikologi dan sistem yang betul, kita bakal mempromosi kepada pengguna Facebook tersebut, tidak dapat berjuta orang, cukup dimulakan dengan promosi kepada pengguna laman sosial dikawasan kita, seperti rakan2 kita.

Pengalaman saya dalam bisnes di Facebook (Servis Format Laptop)


"Sebelum saya menggunakan tips psikologi pelanggan dalam laman sosial, alangkah runginya, selepas dua bulan promosi yang saya buat, tiada satu pun pelanggan yang bertanya kepada saya tentang servis format laptop. Tambahan, saya hanya mendapat enam like sahaja pada post tersebut dan tiada apa-apa komen, buktinya:

Alhamdulillah, selepas daripada itu saya mula belajar tips psikologi pelanggan yang diberikan PERCUMA oleh MyClever Agency dalam bentuk Infografik, saya mula memahami dan belajar satu per satu teknik yang mereka berikan. Alhamdulillah, ia berhasil, anda boleh lihat buktinya dibawah dalam skrinshot saya, terdapat 36 likes dan 76 comments dalam masa 30 HARI.

Alhamdulillah, saya sudah berjaya mempelajarinya dan ia berhasil. Kini saya kongsikan semua tips itu KHAS UNTUK ANDA! Selamat membaca!"


How To Create Perfect Posts On Social Platforms

Dalam Infografik dibawah, MyClever Agency memberikan tip dengan lebih terperinci lagi, bagaimana kita boleh mempromosi produk kita di laman sosial dengan lebih baik dan anda bakal memukau pelanggan. Selamat membaca, analisa dan mulakan tindakan kejayaan anda!



Terima kasih kerana membaca. Perlu Ada Ilmu Psikologi Dalam Memukau Pelanggan Terhadap Produk Anda.
Mohamad Ariffin Zulkifli, CEO Bigwaves International | Pasir Gudang, Johor.

Kredit Foto: MyCleverAgency, TheDrum.

Wednesday, February 5, 2014

Tagged under:

Mudahnya Promosi Perniagaan Dengan QRCode


Saya pasti, mesti ramai yang dari anda sudah banyak kali melihat QR Code dimana-mana. Dahulunya, QR Code hanya digunakan pada alat komponen atau produk, bagi memudahkan syarikat mengesan dan menjejak alat komponen atau produk tersebut.

Namun, kegilaan penggunaan QR Code oleh syarikat lain, selain dari pengeluar produk, mula dirasai apabila aplikasi WeChat juga mula mempromosikan penggunaan QR Code, bagi memudahkan rakan WeChat mencari rakan WeChat yang lain. Teorinya mudah, dengan QR Code, anda tidak perlu bersusah payah, mencari dan menaip nama Shaheizy Sam, sambil menunggu aplikasi WeChat loading untuk mencari Shaheizy Sam. Hanya dengan menggunakan Smart Phone anda dan scan QR Code (Shaheizy Sam), anda sudah boleh mulakan chatting dengan Shaheizy Sam, mudah bukan?

Jika kita seorang peniaga yang memerhatikan pesaing kita, mungkin sahaja dalam pemerhatian kita, ramai dari pesaing kita sudah mula menggunakan QR Code bagi memudahkan pelanggan mereka berkomunikasi dengan mereka secara maya. Ini kerana, pesaing kita tahu mengikuti arus zaman moden, tambahan mereka selangkah kehadapan dari kita. Untuk itu, kita juga perlu menyaingi mereka dengan meletakkan perniagaan anda searah arus kemodenan zaman.

Antara kelebihan QR Code:

Alamat Laman Web. Sebelum ini kita perhatikan pesaing kita, mempunyai alamat laman web yang begitu panjang dalam banner promosinya, sebagai contoh: www.restorankmasakankampung.com. Pada kita dan juga pesaing sebagai peniaga, adalah sukar untuk meletakkan aksara yang begitu panjang dalam banner, ia nampak semak. betul? Pada pelanggan pula, mana mungkin mereka suka untuk mengingat aksara yang begitu panjang dan perlu menaipnya untuk ke laman web tersebut, ini merupakan satu kerugian buat peniaga.

Namun, QR Code menjadi solusinya. Aksara alamat laman web yang begitu panjang menjadi sebuah "gambar petak" yang boleh dilekatkan dimana2 sahaja. Tambahan, ia mudah untuk pelanggan, mereka hanya perlu mengambil smart phone mereka, membuka aplikasi untuk scan QR Code laman web anda dan terus ke laman web perniagaan anda, tanpa mereke perlu menaip alamat laman web anda, mudah bukan? Ini merupakan satu keuntungan buat peniaga.

Page Perniagaan di Laman Sosial. Pasti ramai yang daripada anda sudah mempunyai Facebook Page untuk perniagaan anda, itu satu kelebihan buat anda, tahniah! Bagi anda yang belum ada Facebook Page, saya sarankan untuk anda membuat Facebook Page bagi perniagaan anda, jika tidak itu merupakan satu kerugian buat anda kerana tidak memaksimumkan pemasaran terhadap perniagaan anda.

Berbalik kepada QR Code, teorinya adalah sama seperti kegunaan QR Code pada alamat laman web, pelanggan tidak perlu bersusah payah mencari Facebook Page kita di laman sosial Facebook, hanya dengan beberapa klik, mereka temui Facebook Page kita, sudah ada Facebook Page dan QR Code ke Facebook Page, itu merupakan 2x ganda keuntungan buat peniaga.

Pemasaran/Pendaftaran/Kod SMS. Pasti ramai yang daripada kita peniaga, sudah lali dengan pesanan ringkas ataupun SMS, dan SMS juga merupakan satu jalan promosi yang begitu menguntungkan buat peniaga. Kita juga, pasti sudah biasa dengan pendaftaran SMS, kebiasaannya, kita perlu menaip SMS pendaftaran tersebut.

Sebagai contoh: Untuk mendaftar, SMS, QRCODE<jarak>Nama<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak> dan hantar ke 88888, nampak mudah bukan? Mungkin mudah kerana ramai yang daripada kita sudah terbiasa. Namun, kerja jadi lebih mudah dengan QR Code, seperti biasa, anda hanya perlu scan QR Code tersebut dan terus menghantar SMS tersebut, nampak lebih mudah bukan? ini merupakan keuntungan lagi buat peniaga.

Gambar dibawah adalah contoh penggunaan QR Code dalam promosi servis format komputer saya,




Saya hanya minta tolong kepada prospek saya untuk scan sahaja QR Code, untuk mendapatkan servis daripada saya, mereka boleh sahaja memilih untuk menghubungi saya secara terus, tetapi dengan QR Code, lebih menjimatkan banyak tenaga dan wang mereka. Menarik bukan?

Kelebihan sudah ada, tetapi mungkin ada yang daripada anda tertanya-tanya bagaimana mahu menghasilkan QR Code ini. betul? Menghasilkan QR Code adalah mudah dan PERCUMA. Ya, betul! Ia percuma, tidak perlukan apa-apa bayaran, hanya perlukan sedikit usaha anda. Boleh bantu saya sedikit usaha anda untuk bantu perniagaan anda? Anda hanya perlu ke website yang menyediakan perkhidmatan membuat QR Code dengan PERCUMA, seperti QR Stuff.

Untuk menghasilkan QR Code, anda hanya perlu ikut 4 langkah mudah, yang disediakan pada laman web tersebut, dan apabila kesemua langkah selesai, klik "DOWNLOAD" untuk memuat turun QR Code Perniagaan Anda dalam bentuk gambar. mudah bukan?



Bagaimana Pula Untuk Membaca QR Code?

Untuk Android Smart Phone

Untuk PC/Desktop


Alhamdulillah, sekian sahaja perkongsian Ilmu daripada saya, InshaALLAH dengan sedikit Ilmu ini, dapat membuka ruang minda anda untuk menjadi lebih proaktif dalam menguasai pasaran. Jika ilmu yang saya kongsikan buat anda ini bermanfaat, sila kongsikan juga pada rakan perniagaan lain, biar kita semua bersama-sama maju dalam dunia perniagaan. Alhamdulillah, kita sudah berusaha ke arah kejayaan, selebihnya urusan ALLAH menentukan rezeki kita. InshaALLAH.


Terima kasih kerana membaca. Peniaga Proaktif  Berpotensi Berjaya.
Mohamad Ariffin Zulkifli, CEO Bigwaves International | Pasir Gudang, Johor.
Tagged under:

5 Sebab Perniagaan MESTI Ada Website

Adalah satu kelebihan bagi perniagaan yang mempunyai laman web, kerana pemiliknya merupakan individu yang mempunyai kebijaksanaan yang tepat dan daya tindakan lebih luar biasa kehadapan berbanding pesaingnya. Perniagaannya juga turut maju kehadapan, kerana pemiliknya membawa perniagaan mereka, seiring dengan arus kemajuan teknologi maklumat dan informasi terkini.

Berikut adalah 5 sebab mengapa perniagaan perlu mempunyai laman web:

Pesaing Menggunakan Laman Web.

Adakah anda sedar bahawa kebanyakan pesaing anda, menggunakan internet bagi mereka menguasai pasaran? Dalam tidak sedar, mereka telah menjadi pesaing anda yang selangkah maju kehadapan secara senyap, dengan hanya menggunakan sebuah laman web untuk menyaingi anda.

Bawa Perniagaan Seiring Arus Teknologi.

Perniagaan anda harus mengikuti arus teknologi zaman moden, jika tidak anda bakal tertinggal beberapa langkah dari pesaing anda. Gunakan teknologi sebaik mungkin untuk menyaingi pesaing anda. Kehadiran laman web dalam perniagaan bakal menambah keyakinan prospek terhadap produk mahupun servis yang anda sediakan. Tambahan pula, keterujaan prospek terhadap laman web bakal meningkatkan kredibiliti perniagaan anda.

Target Pasaran Tanpa Had.

Zaman teknologi moden kini, internet boleh diakses oleh sesiapa sahaja, bagi yang memilikinya. Oleh sebab itu, bagi peniaga yang bijak, mereka akan gunakan sebaik mungkin medium teknologi dengan platform laman web bagi menguasai pasaran tanpa had, bagi memasarkan produk atau servis ke seluruh dunia.

Jimat Masa dan Wang.

Kewujudan laman web dalam perniagaan anda, memberi impak maksimum dalam perniagaan. Perniagaan boleh dibuka secara penuh, 24/7, kerana teknologi tidak pernah ditutup, selagi bekalan kuasa diberikan. Oleh itu, prospek boleh membeli produk anda bila2 masa sahaja, melalui laman web anda. Selain itu, kos promosi produk dan servis dapat dikurangkan, dengan hanya mempromosikannya di laman web anda.

#TIPS: Gunakan juga platform seperti Facebook, Twitter, Email dan sebagainya bagi memasarkan produk anda secara online (gunakan sebaik mungkin nikmat teknologi, bagi menguasai pasaran)!

Perniagaan Peka Tindakan Pesaing.

Apabila laman web sudah mula diwujudkan bagi perniagaan anda, secara tidak langsung anda akan sering kali melayari laman web pesaing anda bagi, melihat tindakan mereka, bagaimana mereka mempromosikan produk seterusnya menguasai pasaran. Oleh itu, peniaga yang bijak, mereka akan ambil teknik ini sebagai satu inisiatif untuk mereka merancang dan bertindak lebih daripada apa yang pesaing mereka lakukan.

Jika anda ingin menguasai pasaran, jadilah peniaga yang bijaksana dalam menguasai pasaran, 5 sebab kenapa perniagaan anda perlu ada laman web, telah saya berikan. Hanya anda yang perlu bertindak, sama ada anda ingin perniagaan anda biasa2 sahaja, atau anda ingin perniagaan anda lebih luar biasa hebat menguasai pasaran daripada pesaing anda.
 

Terima kasih kerana membaca. Peniaga bijaksana sentiasa berfikir menyaingi pesaingya.
Mohamad Ariffin Zulkifli, CEO Bigwaves International | Pasir Gudang, Johor.

Kredit Foto: Medianovak,